Thursday, July 05, 2012

MUHAMMAD RASULULLAH PENUNTUN JALAN KE SYURGA



 
Ya Tuhan ! Siapakah gerangan yang tidak akan bangga menjadi umat pengikut Nabi teladan yang besar itu ?!

¨ Seorang yang disegani oleh lawan, dihormati oleh kawan dan dicintai oleh semua makhluk yang mendekatkan dirinya kepada Tuhan, selaku hamba Ilahi yang paling taqwa.
¨ Seorang pejuang cita-cita yang berani, tidak pernah menyerah tetapi berhati tawadhu’, mulia dan tabah.
¨ Seorang Jeneral ahli strategi dan taktik yang dapat memenangkan perjuanagn di segenap medan juang walaupun baginda sendiri luka-luka berdarah dan giginya patah kena panah.
¨ Seorang pemimpin yang hidup sederhana dan ketua Negara yang tidak kenal istana, yang tidur cukup di rumah kecil di samping masjid.
¨ Seorang imam yang soleh, taat, rajin dan setia mengimani jemaah sampai detik hayatnya yang terakhir.
¨ Seorang suami, ketua keluarga yang senyum dan ramah kepada semua keluarga, anak dan isteri.
¨ Seorang ketua masyarakat yang santun dan suka mendengar keluhan fakir miskin.
¨ Seorang teman pergaulan berhati emas, lautan budi dan berfahaman tinggi serta
      berprihatin.
¨ Seorang guru yang ikhlas dan bertanggungjawab membina dan mendidik murid dan mahasiswanya tentang ilmu, peribadi dan akhlak.
¨ Seorang penegak hokum yang adil tanpa memilih bulu walaupun terhadap anak kandung tersebut.
¨ Seorang ahli siasah dan negarawan yang jujur dan berpandangan jauh yang telah berhasil mengubah wajah masyarakat jahiliyah menjadi Islam dalam waktu yang singkat iaitu 23 tahun; suatu perjuangan raksasa dengan pembangunan yang efektif di segala bidang kehidupan umat, apa yang belum pernah dikenal sejarah sebelumnya.
¨ Seorang tokoh yang menonjol di antara segala tokoh Nabi-nabi yang memiliki keperibadian yang agung dan teguh yang tidak tergelincir dari garis prinsip walaupun sebesar rambut dibelah tujuh.
¨ Seorang da`i, mubaligh dan khatib yang tidak gentar menyeru amar makruf dan nahi mungkar. Tidak jemu menyeru umat melalui mimbar Jumaat supaya berjihad menentang kebatilan serta memanggil manusia ke jalan Tuhan, menghayati kehidupan beragama yang suci murni.
¨ Seorang mujahid, pejuang yang berani dan tegas berkata kepada lawannya-kaum Quraish yang sedang berkuasa : “ Sekiranya mereka melatakkan matahari di sebelah kananku dan bulan di sebelah kiriku agar supaya aku berhenti berjuang memperjuangkan cita-cita suci, nescaya aku tidak akan meninggalkan tugas ini sampai aku menang atau mati’’.
¨ Seorang yang amat mulia di sisi Tuhannya, yang namanya paling banyak disebut berdampingan dengan nama Tuhan, dibaca berpuluh kali setiap siang dan malam oleh setiap hamba Allah di dalam solatnya dan azan yang dilaungkan muadzin di seluruh dunia.
Seorang rasul penunjuk jalan yang selalu memberikan hiburan dan peringatan kepada umatnya dengan sabdanya : “ Semua umatku akan masuk syurga kecuali orang yang enggan. “ Siapakah orang yang enggan itu ?”, tanya sahabat. “Barangsiapa yang taat kepadaku akan masuk syurga dan barangsiapa yang durhaka maka bererti ia telah enggan, “ jawab baginda.
¨ Seorang juru pemersatu yang sentiasa menyeru penggembelengan mental dan kerohanian sebagai pra syarat untuk mencapai kemenangan cita-cita.
¨ Seorang pendekar, pejuang  ulung yang berjuang dengan tangkas dan lincah menentang lawannta tetapi tidak pernah tertangkap dan diterkam.
¨ Seorang utusan Tuhan yang diberi jolokan secara jujur oleh para cendekiawan bukan Islam dengan kata-kata  :  “ The most successful of all Prophets and religious personalities’’.
( Seorang Nabi yang paling berhasil dengan gemilang di antara seluruh Nabi dan tokoh-tokoh agama ).

Itulah keperibadian Nabi Muhammad S.A.W menurut tanggapan orang luar dan dalam Islam sendiri.

( Dipetik dari Buku Detik-Detik Terakhir Kehidupan Rasulullah dengan beberapa ubahsuai )




No comments: