Thursday, September 10, 2009

APAKAH ERTINYA KEMERDEKAAN

Kemerdekaan bukan sekadar laungan 'MERDEKA'
Merdeka bukan sekadar bebas dari kekejaman penjajahan,
Merdeka bukan sekadar kemeriahan sambutan-sambutan,
Merdeka bukan sekadar sambutan keseronokan,
Merdeka bukan sekadar pertunjukan-pertunjukan,
Merdeka bukan sekadar gah mercu bangunan,
Merdeka bukan sekadar ucapan-ucapan majlis,
Merdeka bukan sekadar pidato-pidatoan semata,
Merdeka bukan sekadar sorak-sorai, gegak gempita,
Hiburan melampau, tanpa arah dan tujuan murni.

Apakan ertinya kemerdekaan,
Jika bangsanya berjiwa hamba:
Seperti buih yang akan segera lenyap,
Ibarat mentimun:
Digelek luka, menggelek luka,
Tak pernah merasai harga diri:
Kerana memang tak punya harga diri,
Tahunya pasrah dan menyerah,
Ibarat penghuni pusat serenti:
Hidup tak punya erti,
Merempat di bumi sendiri,
Mundar mandir membawa diri,
Bangkit bernyawa yang perlu dihindari.

Adapun bangsa merdeka,
Berkualiti unggul:
Hadirnya membawa makna,
Tahu betapa mahalnya harga diri,
Lantas memperkasa jati diri.
Pembangunan insan difahami, dihayati,
Sebagai penghias diri.
Ilmunya, amalnya, akhlaknya,
Boleh dicontohi dan diteladani,
Tanda bangsa sejati,
Membangun agama, bangsa dan negara,
Berlandaskan ketinggian akal budi.

Hj Mohamed Muslimin b Hj Yaakop,
SK Meru, Jalan Tap,
42200 Kapar.
29 Rejab 1430 / 14 Julai 2009

Wednesday, September 09, 2009

Kanak-kanak Memerlukan Kasih Sayang.

Kanak-kanak memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa sepertimana ia berhajat kepada makanan dan minuman. Kasih sayang kepada anak-anak adalah merupakan sebahagiaan daripada pendidikan pertama yang sepatutnya diberi perhatian oleh ibubapa. Menurut ahli psikologi, kanak-kanak memerlukan kasih sayang disebabkan kepada tiga faktor utama iaitu:
Pertama: Kanak-kanak memerlukan kebahagiaan dan ketenangan dalam hidupnya. Melalui kasih sayang kepada kanak-kanak, dia dapat merasai ketenangan dan kebahagiaan kerana mereka dilahirkan dalam keadaan lemah dan memerlukan pertolongan dan pergantungan kepada orang lain.
Kedua: Pembentukan dari segi pemikiran. Kanak-kanak yang terbentuk dari suasana kasih sayang yang sepenuhnya biasanya mempunyai pemikiran yang kreatif dan bernas. Di samping itu, kanak-kanak tersebut mempunyai daya ingatan yang kuat dan perangai yang baik.
Ketiga: Pembentukan dari segi masyarakat. Kanak-kanak yang diberikan kasih sayang sejak kecil lagi dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat dan mempunyai kasih sayang kepada masyarakat sekelilingnya.

Tuesday, September 08, 2009

Ihya' Ramadhan

"Sesiapa yang membangunkan bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pangharapan, diampunkan baginya dosa-dosa yang telah lalu" (Riwayat Bukhari & Muslim)

TARIKH : 12 SEPTEMBER 2009
LOKASI : PPAK Meru
PENYERTAAN : BELIA / REMAJA, Masyarakat Setempat dan ahli ABIM
YURAN : PERCUMA

TENTATIF PROGRAM

0800 am Pendaftaran
0830 am Taklimat dan Mesra Diri
0900 am Tazkiyyah Nafsiah' / Solat Sunat Dhuha / Solat Sunat Tasbih
1030 am Ramadhan (medan tarbiyyah pendidikan jiwa)
1230 am Tazkiyyah Nafsiyyah 2, Tadarrus Al-Quran
1330 am Solat Zuhur Berjamaah
1430 am As-Solah Momentum - Al-Falah
1600 am Majlis Penutup
1630 am Solat Asar Berjamaah / Bersurai

Meklumat Lanjut Sila Hubungi

03 - 33924652 (PPAK)
019 - 3636394 (Hidayah)

Tuesday, September 01, 2009

MUHASABAH RAMADHAN

1. Adakah anda telah membuat persiapan RAMADHAN secukupnya?
2. Adakah anda ikhlas dalam menunaikan ibadah RAMADHAN?
3. Adakah anda gembira dengan kedatangan bulan RAMADHAN?
4. Adakah anda yakin RAMADHAN sebagai bulan Tarbiyah?
5. Adakah anda niat puasa RAMADHAN setiap malam?
6. Adakah anda bersahur untuk puasa RAMADHAN?
7. Adakah anda redha dengan ujian Allah di bulan RAMADHAN?
8. Adakah anda merasa ringan semasa mendirikan solat tarawikh?
9. Adakah anda pemurah dalam bulan RAMADHAN?
10. Adakah anda bijak berbelanja di bulan RAMADHAN?
11. Adakah amal anda berganda di bulan RAMADHAN?
12. Adakah barjet bulan RAMADHAN anda bertambah?
13. Adakah anda berlumba-lumba membaca al-quran di bulan RAMADHAN?
14. Adakah anda membaca, memahami dan menghayati Al-Quran di bulan RAMADHAN?
15. Adakah anda solat berjamaah di bulan RAMADHAN?
16. Adakah anda berbuka puasa berjamaah di bulan RAMADHAN?
17. Adakah anda merasa insaf akan penderitaan ummat di bulan RAMADHAN?
18. Adakah anda berlumba-lumba membuat kebajikan di bulan RAMADHAN?
19. Adakah anda terkenangkan hamba-hamba Allah yang telah kehilangan RAMADHAN?
20. Adakah anda berlumba-lumba menambah juadah RAMADHAN?
21. Adakah anda merasai nikmat cinta Allah di bulan RAMADHAN?
22. Adakah anda yakin akan bertemu RAMADHAN yang akan datang?
23. Adakah anda yakin ibadah puasa anda diterima Allah?
24. Adakah anda yakin akan mati di bulan RAMADHAN?
25. Adakah anda merasai taqarrub IlalLah di bulan RAMADHAN?
26. Adakah anda yakin mendapat keampunan Allah di bulan RAMADHAN?
27. Adakah anda yakin doa anda dimakbulkan Allah di bulan RAMADHAN?
28. Adakah anda yakin tidak melakukan dosa di bulan RAMADHAN?
29. Adakah anda yakin puasa RAMADHAN tahun ini yang terbaik?
30. Adakah anda yakin RAMADHAN bulan penuh keberkatan?
31. Adakah anda yakin puasa RAMADHAN dapat membebaskan diri dari api neraka?
32. Adakah anda yakin anda mendapat keredhaan Allah di bulan RAMADHAN?
33. Adakan sifat mahmudah anda melebihi sifat mazmumah di bulan RAMADHAN?
Mudah-mudahan kita sentiasa dalam pimpinan Allah s.w.t.
SALAM UKHUWAH DARIPADA ABIM DAERAH KLANG