Wednesday, September 09, 2009

Kanak-kanak Memerlukan Kasih Sayang.

Kanak-kanak memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa sepertimana ia berhajat kepada makanan dan minuman. Kasih sayang kepada anak-anak adalah merupakan sebahagiaan daripada pendidikan pertama yang sepatutnya diberi perhatian oleh ibubapa. Menurut ahli psikologi, kanak-kanak memerlukan kasih sayang disebabkan kepada tiga faktor utama iaitu:
Pertama: Kanak-kanak memerlukan kebahagiaan dan ketenangan dalam hidupnya. Melalui kasih sayang kepada kanak-kanak, dia dapat merasai ketenangan dan kebahagiaan kerana mereka dilahirkan dalam keadaan lemah dan memerlukan pertolongan dan pergantungan kepada orang lain.
Kedua: Pembentukan dari segi pemikiran. Kanak-kanak yang terbentuk dari suasana kasih sayang yang sepenuhnya biasanya mempunyai pemikiran yang kreatif dan bernas. Di samping itu, kanak-kanak tersebut mempunyai daya ingatan yang kuat dan perangai yang baik.
Ketiga: Pembentukan dari segi masyarakat. Kanak-kanak yang diberikan kasih sayang sejak kecil lagi dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat dan mempunyai kasih sayang kepada masyarakat sekelilingnya.

No comments: