Friday, August 21, 2009

KATEGORI ORANG ISLAM YANG WUJUD DALAM MASYARAKAT

Sebagai aktivis Gerakan Islam kita perlu mempunyai rancangan kerja yang baik, sesuai dan praktikal - dalam erti kata segala kegiatan harus berencana serapi-rapinya, bukan sekadar membuat reaksi- reaksi secara ad-hoc. Segala perancangan dan tindakan harus berdasarkan realiti dan kerana itu kita harus menganalisa dan menilai situasi:-




Hadith Rasulullah
رَحِمَ الله َرِجَالَنْ عَرَفَ زَمَانِهَ
Maksudnya
'Allah merahmati orang yang memahami situasi zamannya'
1. Orang Islam Yang Tidak Mengenal Agamanya
- Tidak bersedia
- Sebuk
2. Orang Islam Yang Tidak Minat Terhadap Agamanya
- Tidak diasuh sejak kecil
3. Orang Islam Yang Menjadikan Agamanya Sebagai Bahan Sampingan
- Jika perlu diambil dan sebaliknya
4. Orang Islam Yang Malu Untuk Mengatakan Islam Melalui Perwatakan
- Kagum dengan kehidupan barat
- Barat membawa kemajuan
5. Orang Islam Yang Suka Mempersendakan Agamanya
- Golongan Islam Liberal
- Golongan Pluralisme
6. Orang Islam Hanya Menerima Islam Apabila Terdesak
- Nikah kahwin, kenduri arwah dan kematian, baru nampak ustaz.
7. Orang Islam Yang Beranggapan Islam Seolah-olah Milik Tok Guru atau Ustaz
- Malu untuk menyatakan syiar Islam
8. Orang Islam Yang Tidak Peka Terhadap Agamanya
- Apabila agamanya diniha, tidak terasa apa-apa
9. Orang Islam Yang Tidak Menepati Janji
- Janji Melayu (janji di mulut sahaja)
10. Orang Islam Yang Hanya Berbangga Dengan Perkara-perkara Luaran
- Musabaqah Al-Quran, membina banyak surau dan masjid tanpa mementingkan pengisiannya
11. Orang Islam Yang Banyak Menghabiskan Masa Bukan Untuk Tujaan Kebaikan Agama
- Lepak dengan sia-sia, berpoya-poya, sembang kedai kopi
12. Orang Islam Yang Seolah-olah Tidak Ada Hubungannya Dengan Allah s.w.t
- Tidak solat, puasa, baca Al-Quran dan seumpamanya
13. Orang Islam Yang Tidak Bersangka Baik Terhadap Islam
- Prejudis terhadap peraturan dan undang-undang Islam dengan memberi gambaran yang sempit
14. Orang Islam Yang Tidak Mahu Duduk Dalam Majlis-majlis Ilmu
- Akibatnya tak faham dan jahil
- Membuat sesuatu keputusan ikut sedap sendiri
15. Orang Islam Yang Memandang Kecil Dosa-dosa Besar
- Tersenyum bila disabitkan kesalahan oleh mahkamah
16. Orang Islam Yang Tidak Mengetahui Konsep Kehidupan Jahiliah
- Hidup hanya untuk memuaskan nafsu semata-mata
17. Orang Islam Yang Melakukan Apa Yang Tidak Disuruh Oleh Islam
- Diperintah buat yang makruf, buat yang mungkar
18. Orang Islam Yang Lebih Mempercayai Berita TV dan Suratan Khabar Dari Petunjuk Al-Quran dan Al-Hadith
19. Orang Islam Yang Tidak Memperuntukkan Masanya Untuk Allah Khususnya Dalam Perkara Ibadah
- Mampu bertahan lama bila menghadap TV atau Konsert tapi gelisah apabila mendengar tazkirah dan membuat kebajikan
20. Orang Islam Yang Suka Mengejar Populariti Dengan Menyertai Agenda Hiburan Yang Keterlaluan Dan Melampau.

APAKAH STRATEGI DAN KAEDAH GERAKAN KITA UNTUK MENYANTUNI MEREKA-MERAKA INI ???

Perbincangan Usrah Unit Meru, Klang

Rejab 1430 / Julai 2009

Thursday, August 20, 2009

Bila anda mula tidur ?

Tiada siapa yang tahu bila sebenarnya kita mula tidur. Dalam erti kata kita sedar dengan tepat jam, minit dan saat. Yang kita tahu hanya ketika kita mula meletakkan kepala di bantal. Sebenarnya tidur dan jaga adalah satu keajaiban menunjukkan ada ‘ Controller ’. Jaga & tidur itu seolah-olah bagaikan lampu elektrik ada kala ‘ on ’ dan ada kalanya ‘ off ’ . Adakah anda pemetik suiznya ? Bukan !
Kalau kita sebagai pemetik suiz untuk ‘ on ’ dan ‘ off ’ , mengapa ada kalanya kita mahu tidur tetapi mata tidak lelap? Dan mengapa kita mahu bangun jam sekian, tetapi ada kalanya kita lewat bangun ?

Monday, August 10, 2009

7 TIP IBUBAPA PRIHATIN UNTUK KECEMERLANGAN

1. Pastikan cita-cita dan azam sentiasa menjiwai kehidupannya.
2. Elakkan membuang masa dengan sia-sia.
3. Gunakan pancaindera sebaik dan semaksima mungkin.
4. Jalankan aktiviti sesuai dengan tuntutan aqidah, syariat dan akhlak sebagai seorang muslim.
5. Adakan perancangan yang tepat bagi kejayaan masa depannya.
6. Beri panduan cara mengurus masa dengan betul.
7. Sentiasa menjadikan anak sentiasa berakhlak dengan tingkahlaku yang positif.


Tn. Hj. Mohamed Muslimin b. Hj. Yaakop

AMBILLAH WAKTU

Ambillah waktu untuk berfikir,
Itu adalah sumber kekuatan.

Ambillah waktu untuk bermain,
Itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.

Ambillah waktu untuk berdoa,
Itu adalah sumber ketenangan.

Ambillah waktu untuk belajar,
Itu adalah sumber kebijaksanaan.

Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai,
Itu adalah hak istimewa yang diberikan Al-Khaliq.

Ambillah waktu untuk bersahabat,
Itu adalah jalan menuju kebahagiaan.

Ambillah waktu untuk bertaqwa,
Itu adalah irama yang menggetarkan hati.

Ambillah waktu untuk memberi,
Itu adalah kehidupan yang sentiasa bererti.

Ambillah waktu untuk bekerja,
Itu adalah nilai keberhasilan.

Ambillah waktu untuk beribadah,
Itu adalah kunci ke Syurga.



Hasil nukilan :
Tn. Hj. Mohamed Muslimin b. Hj. Yaakop
( Mantan Yang Di Pertua ABIM Klang )

Sunday, August 09, 2009

Solat Hajat Dan Bacaan Yasin

Program ini di laksanakan sempena menghadapi SPRA ABIM, dan PSRA yang akan berlangsung pada bulan september 2009. Tahun lima akan menempuhi SPRA ABIM manakala Tahun enam akan menempuhi PSRA. Solat Hajat dan bacaan surah Yaasin dipimpin oleh Ustaz Khalid bin Dol Khasan. Program ini berlangsung pada 7-8-2009 bersamaan 16 Sya'ban iaitu pada hari Jumaat, Program ini dilangsungkan di PPAK (Pusat Pendidikan ABIM Klang), sambutan oleh Ibu Bapa sangat menggalakkan.

MUKTAMAR ABIM PUSAT

Muktamar telah diadakan pada 31-7-2009 hingga 2-8-2009. Muktamar ini telah diadakan di SAMTAJ (Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jamaah), ABIM klang telah menghantar wakil seramai 9 orang iaitu 3 pemerhati, 3 sukarelawan dan 3 pewakilan. Seminar ini telah berjalan dengan lancarnya.

Setiausaha
Mohd Khairul Rijal