Cabang iman terbahagi lagi menjadi 3 (tiga) bahagian, yaitu yang berhubungan dengan :
1) Niat, aqidah , dan amalan hati:
عَنْ عُمَرَ بْنِ الخَطَّابِ رضي الله عنه قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ: إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ، وَفِيْ رِوَايَةٍ: بِالنِّيَّةِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُولِهِ وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَةٍ يَتَزَوَّجُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ.
Daripada Umar bin Al-Khatthab radhiyallahu ‘anhu dia berkata, “Aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Sesungguhnya amalan-amalan bergantung pada niat-niatnya,
-dalam riwayat lain- pada niatnya, dan sesungguhnya bagi setiap orang
apa yang diniatkan. Maka barangsiapa yang hijrahnya kerana Allah dan
RasulNya maka hijrahnya adalah kerana Allah dan RasulNya. Dan
barangsiapa yang hijrahnya kepada dunia yang ingin diraihnya atau wanita
yang ingin dinikahinya maka hijrahnya adalah kepada apa yang dia hijrah
kepadanya.
2) Lidah:
Takrif Iman menurut istilah syariat Islam ialah seperti diucapkan oleh Ali bin Abi Talib r.a. yang bermaksud: "Iman itu ucapan dengan lidah dan kepercayaan yang benar dengan hati dan perbuatan dengan anggota."
Aisyah r.a. pula berkata: "Iman kepada Allah itu mengakui dengan lisan dan membenarkan dengan hati dan mengerjakan dengan anggota."
Imam al-Ghazali menghuraikan makna Iman adalah: "Pengakuan dengan lidah (lisan) membenarkan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun-rukun (anggota-anggota)."
Iman pada maknawi sebenar ialah membenarkan dengan hati,
menyatakan dengan lisan, dan melakukan dengan anggota badan. Ringkasnya
orang yang beriman ialah orang yang percaya, mengaku dan beramal. Tanpa
tiga syarat ini, seseorang itu belumlah dikatakan beriman yang sempurna.
Ketiadaan satu sahaja dari yang tiga itu, sudah lainlah nama yang Islam
berikan pada seseorang itu, iaitu fasik, munafik atau karir.
3) Seluruh anggota tubuh
Aurat (Bahasa Arab: عورة) merupakan istilah Islam yang melambangkan sesuatu bahagian dari anggota badan, samada lelaki
ataupun perempuan, yang haram dibuka atau dipamerkan. Dalam erti kata
lain sesuatu anggota badan yang wajib ditutup dan disembunyikan dan haram orang bukan mahram melihatnya. Menutup aurat adalah wajib ke atas setiap Muslim, tidak kira lelaki atau perempuan. Kewajipan menutup aurat ini berdasarkan kepada dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadith.